disable right klik

~ Assalamualaikum ~

Tuesday, August 27, 2013

Jalan-Jalan ke Thailand ! ^_^

Assalamualaikum..


Sebenarnya entry ni dipinta(ecehhh, dipinta..ayat buku beb) oleh sahabat baik ambo ni haa..Si Budak Comot Ulya tu suruh update..dah lama dah cerita aku pi Thailand ni tapi baru nak update..hehehe..apa la aku ni..hmm..ok lah..sebelum aku merapu panjang-panjang lagi, lebih baik aku start cerita ye dak ? :D



Actually, percutian aku kali ni memang tak dirancang langsung..almaklum la..abah aku ni suka suki je ajak keluar rumah..siap packing-packing baju lagi..abah kata..

"Haa..kemas-kemas la baju apa yang patut..mana tau kita nak pi jalan jauh ke..."



Maka, dengan hati yang malas dan kudrat yang tak seberapa ni(nampak sangat berat hati nak pi..hahaha), kami satu family pun kemas la baju-baju ni..agak2 nak bawak dalam 2 pasang baju kurung je..Haa ! Jangan tak tau yang kami ni pi Thailand tu, kira-kira dalam dua-tiga hari lagi nak puasa tau ! ! hakhakhak..dahsyat tak?? dahsyat tak??..



Hmm..pastu..kami pun pi la naik kereta sampai ke Sadao, Thailand..lepas je pemeriksaan imigresen, terus kami jalan2 je kat kedai2 tepi jalan di Thailand tu pakai kaki sendiri okayyy ! Sebenarnya, sesaja je jalan sebab belum jumpa van yang akan hantar kami satu family ke tempat yang dituju. Lepas je makan kat satu restoran Muslim kat situ, kitorang pun naik la van yang dah tempah tu..Sistem dia kat sini, selagi van yang kita nak naik tu tak penuh, jangan harap la van tu nak jalan..dia akan tunggu sampai semua seat penuh ataupun 3/4 penuh, baru dia start drive..huhuhu..




Perjalanan kami mengambil masa selama 4 ke, 5 jam kot kala tak silap la..fuhhh..punya lama..rasa kebas-kebas habis I punya punggung sebab duduk dalam van lama sangat..tak berhenti rehat langsung..nasib baik la jalan dia lancar je..Alhamdulillah la jugak pemandu dia tu reti cakap Melayu Kelantan..boleh jugak la abah kite bersembang isu2 semasa ! hehe..iye, iye je aku gebang sorang2..

After beberapa jam dalam van tu, kami pun sampai la ke sini..so, tempat yang pertama kami semua serbu ialah...........Tadaaaaa !!..




comeyy kan design dia?? Ala-ala rumah tradisional gitu.. siap dengan ukiran lagi ! ^^
Haa..ni la madrasah (musolla) yang pertama kitorang singgah tu..masa ni kitorang dah sampai Pattani :) weee ! Lepas turun je dari van tu, terus kami bergegas ke madrasah ni untuk solat jama' Taqdim sebab masa tu waktu zohor pun nak habis dah..Lepas kami semua dah selesai membersihkan diri, solat semua, kami pun sambung journey kami ke stesen van yang berikutnya..tapi stesen van ni jauh..takleh kalau kita nak jalan kaki je(ingat kaki kau tu larat nak jalan jauh-jauh ?? :P ) 

Masa ni, kami macam bertuah la sebab ada jumpa "tut-tut"..haa! jangan taktau..tut-tut ni macam sejenis van jugak tapi diubahsuai oleh orang-orang Thai ni..kira macam dia boleh memuatkan lagi ramai penumpang la..

Meh aku tempek gambaq tut-tut bersama penumpangnya ! haha



Sepanjang perjalanan kitorang untuk ke stesen tu, Masya-Allah ! suasana dia nampak Islamic tau..dengan yang perempuan kebanyakkannya pakai jubah dengan tudung labuh..ada jugak yang pakai purdah..dengan yang lelakinya pakai serban dengan jubah..Memang menghidupkan sunnah..ada jugak bebudak sekolah yang pakai jubah dengan tudung labuh yang sameee je..nampak comel ler plak..haha..Memang betulla apa yang orang cakap mengenai Pattani ni..tempat ni popular dengan lokasi untuk pencarian ilmu-ilmu agama..ilmu-ilmu akhirat.. :') huhu..terharuuu..



Haa..yang kat bawah ni la yang aku cakap tadi tu..van ni dah la besar, ada aircond sejuk lak tu..^^,



Nah ! cuci mata sikit dengan permandangan sekitar tempat menunggu di stesen van..





Kali kedua perjalanan yang jauh membuatkan adikku lena tak berkutik !

Sesaje je ambik gambaq signboard depa ni..hehe

Eh, lupa lak nak cerita..masa ni kitorang on the way ke Sungei Kolok..Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah..e'eh, tetibe..tapi memang betul pun..perjananan kali ni pun lama yang amat ! Beribu batu jauhnya..Pemandu kami kali ni plak tak pandai cakap Melayu, so, kitorang pun boring-boring, tertidur laa dalam van tuh..Kami sampai di Sungei Kolok pun hari dah malam dah..

Mula-mula masuk hotel ni, terus snap gambar kat bawah ni..hehee..nampak sangat excited !



Sedangkan negara Thailand pun ada bilik khas untuk solat, kenapa tidak negara kita ?? (Sesetengah tempat je la..)



Okay, time tu check-in at Genting Hotel !



Tak sangka kat sini pun ada Genting..ingatkan kat Malaysia je ada Genting,. Genting Highlands..huehue..






Haaa..ni cerita tentang esok paginya plak..Lepas sarapan lebih kurang kat Warung tepi hotel tu, kitorang pun jalan-jalan la melawat kawasan ala-ala Yang Berhormat eh, bukan-bukan..ala-ala tourist yang datang dari jauh tu..hehee..




Macam dalam gambar kat bawah ni, kami tengah interview sorang makcik ni tentang sayur2 yang dia jual tu haa..sambil tawar2 harga la..mana tau kot-kot dapat harga yang super murah ke..haa..kata sama rumpun ! ;P


Kalau nak tahu, kat pasar pagi ni, macam-macam yang dorang jual.        




Pemandangan sisi Pasar Pagi dorang..


Pisang~~


Sungguh tidakku sangka.. sampai kesini pun aku masih jumpa laksa lagi ! Lepas ni kalau jalan sini lagi, tak kempunan la nak makan laksa khennnn ?! Haa..ko hado ??! :P

Hmm..aku rasa sampai sini dulu kot aku tulis..mata pun dah mengantuk ni..nanti-nanti aku sambung lagi eh, insya-Allah..doakan agar aku rajin nak sambung cerita di Thailand ni okayyy..



Terima kasih sudi baca ! ^_^



Assalamualaikum !




Ukhuwah Fillah itu Indah , kan.. (^_^)