disable right klik

~ Assalamualaikum ~

Wednesday, February 04, 2015

Perasan taakkk yang selama niiii . . . . .

Assalamualaikum,



Semua orang dah tidur ke waktu sekarang ni ? Tadi ada la masa sikt, aku pun scroll down la watsap la, pesebuk la, tuiter.. tengok2 terjumpa benda ni . Jadi, aku un baca ah.


Tetiba pulak rasa nak share sesuatu kat sini.. lepas dah abih baca tu, memang deras betul air jatuh dari pelupuk mata ni tau.. tapi, tak nak la kita nangis sorang-sorang ye dak.. lagipun, benda baik elok kita kongsikan pada orang lain kan ? Supaya semua orang yang baca dapat teladan dan nasihat . okehhh . Jom ! Kita muhasabah balik..

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh  itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Semoga bermanfaat utk semua.

See, kadang2 benda yang selalu kita buat pun , sebenarnya kita tak tau pun maksudnya apa. Kita solat seperti tiada roh dalam solat. Kita baca Quran tapi tak ada penghayatan bila baca. Sebab apa ? Sebab kita tak fahami maksud yang kita baca. Ok macam ni, ,bayangkan la korang pergi ke negara Thailand misalnya kan. Mesti korang tak faham pun apa benda yang masyarakat situ dok bersembang2 dengan kita dalam bahasa siam. Mana kita nak paham kan, jadi kita pun layan tak layankan aje dia bercakap. Haa, same case jugak la dengan baca bacaan dalam solat ni, kita tak paham apa yang kita baca, jadi kita buat solat hanya sekadar buat sebab dia rukun. Tak ke rasa ruginya kat situ. . Just Imagine that kita faham setiap apa yang kita baca. Sambil kita solat tu, kita dalami maknanya. Therefore, solat yang kita buat sehari- hari tu, kita akan rasa cukup istimewa. Rasa tak sabar2 nak solat kan ? Sebab solat yang dibuat tu, ada rohnya. Allah pun rindu nak dengar kita merintih padaNya dalam solat lagi kan? In Shaa Allah . .


Ok lah. sampai sini je kot perkongsian ringkas dari diri yang hina ni. Semoga kita semua dapat Rahmat dan Kasih Sayang Allah Subhanahuwataala hendaknya . Aminnn. ^_^




Ukhuwah Fillah itu Indah , kan.. (^_^)

1 comment:

  1. mnarik skalyyy pkongsiannya !! :D

    saluu2 lahh updet izyannnn


    <3

    ReplyDelete